Tips Nak Elakkan Daripada Pelaris .
Sunday, 28 September 2014 | 0 comment(s)
Assalamualaikum and Holla ! ^^,
Hari nie nak share how we want to avoid from pelaris . *speking pulok da* . Pelaris nie tak boleh buat main-main tau . Meyh nok cite nim . Duk diam .
Yang pertama… bergantung kepada jenis pelarisnya. Jika pelarisnya berupa ayat-ayat Quran dan doa-doa yang selaras dengan Islam, tak jadi masalah. Kalau pelarisnya berupa cara/benda yang bertentangan dengan agama, salahlah. ‘Kotor’lah dari sudut agamanya.
Kalau pelarisnya berupa benda-benda yang busuk, najis, menjijikkan… jelaslah kotornya. Tapi biasanya pabila disebut ‘pelaris’ ni, banyak yang ‘kotor’ .
Sebaik-baiknya, elakkanlah makan minum di kedai-kedai yang sebegitu. Tapi masalahnya, kita pun tak tahu kedai tu berpelaris ke tidak. Kita tak boleh nak hukum sebarangan berdasarkan khabar-khabar angin.
Saya tak ada petua/ilmu untuk mengetahui sesebuah kedai tu berpelaris ke tidak. Tapi kaedah-kaedah sampingan tu adalah.
1. Kita tengok orang-orang soleh/ulama tak pergi makan pun kat kedai tu.Padahal orang biasa cukup ramai setiap hari.
2. Tuan dan pekerja kedai-kedai yg berpelaris ni BIASANYA tak menutup aurat dengan sempurna. Dan tak hirau waktu solat.
Nak elak termakan tu susah jugak, sebab kita tak tahu sesebuah kedai tu benar-benar berpelaris ke tidak. Jadi… walau di mana pun kita makan, bacalah sekurang-kurangnya Bismillah dan Bismillahillazhi layadhurru ma’asmihi syaiunfil ardi wa la fissama i wa huawassami’ul alim (3X lagi bagus).
Kalau nak panjang sikit, baca
Bismillah 5.
1, Bismillahirrahmanirrahim.
2. Bismillahissyafi.
3. Bismillahilkafi.
4. Bismillahil mu’afi
5. Bismillahillazhi la yadurru ma’asmihi syaiun filardhi wala fissama i wa huawassami’ul ‘alim.
InsyaAllah tak ada mudarat kepada kita.
Untuk minta Tuhan lorongkan kita ke kedai-kedai yg tidak berpelaris, dalam doa harian baca camni ” Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada aku gerak yang baik.” InsyaAllah hati kita kurang teringin hendak singgah di kedai-kedai yang berpelaris.
Sekadar itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Moga bermanfaat. Jom minum coffee dulu . Slurppp~
Untuk minta Tuhan lorongkan kita ke kedai-kedai yg tidak berpelaris, dalam doa harian baca camni ” Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada aku gerak yang baik.” InsyaAllah hati kita kurang teringin hendak singgah di kedai-kedai yang berpelaris.
Sekadar itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Moga bermanfaat. Jom minum coffee dulu . Slurppp~
Labels: Makanan Rohani