//Coffee Manis Letim
Cute Gingerbread Man


Ciri-Ciri Penghidap Dikslesia
Monday, 22 September 2014 | 0 comment(s)

Disleksia bermaksud kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar, dan bercakap. Murid disleksia bukannya mengalami kecacatan pada mata atau fizikal tetapi mereka mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.

Ciri-ciri :

*Keliru dengan arah kiri dan kanan.
*Gemar berkhayal, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.
*Taksub kepada sesuatu objek dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal.
*Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat.
*Lambat bertutur dan sukar memahami arahan.
*Sukar mengikut arahan lisan yang panjang.
*Kesukaran menyalin semula nota yang diberi.
*Keliru dengan nombor-nombor.
*Kemahiran motor yang lemah. Cth :sukar memegang alat tulis dengan tangan dominan, dan sering terlanggar barang di sekitar.
*Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya secara berulang-ulang.
*Kurang keyakinan diri dan menghadapi tekanan jiwa.
*Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang kemahiran bersosial dan sukar bergaul.
*Kelakuan dan sikap yang tidak konsisten.
*Gemar menggigit jari dan merenung buku seolah-olah tidak faham. 

Labels:





.